Tuesday, 28 June 2011

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (PRA SEKOLAH )

KPD 3016 (PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN JILID 1)

AHLI KUMPULAN :
LAILA AK ROBERT MERIGAN (PPG/30895/11)
URI@NURI RIBA (PPG /30841/11)
MARIAM BT SUDIN   ( PPG/30897/11)
SAHERABANU BT MAIL ( PPG/30891/11)
NORAINI BINTI MAT (PPG/30801/11)
AMIZAH HANIS BT MAT (PPG/30803/11)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

Bilangan murid : 25 orang
Masa : 60 minit
Tema : Haiwan
Subtema : Haiwan Peliharaan
Komponen :
  • Bahasa dan Komunikasi
  • Fizikal dan Estetika
  • Literasi Sains dan Teknologi
  • Kerohanian , sikap dan nilai
Standard Kandungan :
BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian
BM 3.3 Mengenal huruf konsonan
BM 4.2 Menguasai Kemahiran menulis
KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi
ST   3.4 Menjalankan penerokaan ke atas ciri , habitat,cara pergerakan , jenis makanan,kitaran hidup
             haiwan jinak yang biasa dijumpai. 

Standard Pembelajaran:
BM 1.1.13 Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan,cerita , lagu
BM 3.3.3 Menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul
ST  3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan
KTI 2.1.8 Menyanyi lagu dengan iringan
KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu

Objektif:
  1. Kanak-kanak memahami lirik lagu dan bertutur manggunakan bahasa yang sopan
  2. Kanak-kanak dapat menyebut huruf konsonan
  3. Kanak-kanak dapat menyalin perkataan
  4. Kanak-kanak mengetahui habitat haiwan
  5. Kanak-kanak menyanyi dengan penuh semnagat sambil membuat pergerakan haiwan
Bahan-bahan :
  • lirik lagu
  • carta gambar haiwan
  • kad suku kata
  • kad perkataan
Pengetahuan sedia ada kanak-kanak :
  1. Kanak -kanak mengenali haiwan peliharaan di rumah.
  2. Kanak-kanak pernah mendengar bunyi haiwan peliharaan.
  3. Kanak-kanak dapat mengecam rupa haiwan peliharaan
Set Induksi ( 5 minit )
  1. Guru menayangkan paparan slaid haiwan peliharaan.
  2. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak secara beramai-ramai mengenai haiwan peliharaan.
         (a) Apakah haiwan-haiwan yang anda lihat dalam paparan slaid sebentar tadi?
    3. Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan belajar tentang haiwan peliharaan.


AKTIVITI 1 ( 15 Minit )
  1. Guru memaparkan lirik lagu "BUNYI BINATANG" kepada kanak-kanak.
  2. Guru mengajar kanak-kanak menyanyi lagu bunyi binatang dengan intonasi dan pergerakan yang sesuai.
  3. Kanak-kanak menyanyi sambil membuat pergerakan haiwan.
  4. Guru menyoal kanak-kanak tentang nama-nama haiwan peliharaan yang terdapat dalam lirik lagu yang mereka nyanyikan.
  5. Kanak-kanak di suruh menyanyi beramai-ramai dan secara individu.
  6. Kanak-kanak bersoaljawab bersama guru mengenai haiwan dengan tutur kata yang bersopan dan bertatasusila.
AKTIVITI 2 ( 15 MINIT)
  1. Guru menunjukkan kad perkataan nama-nama haiwan peliharaan kepada kanak-kanak.
  2. Kanak-kanak mengeja perkataan yang terdapat dalam kad perkataan;
  3. Perkataan-perkataan yang dibaca ialah perkataan; ayam , itik , kucing, burung , kambing.
  4. Guru menyuruh kanak-kanak menyebut huruf-huruf konsonan yang terdapat dalam perkataan nama-nama haiwan.
  5. Guru menyoal secara beramai-ramai selepas itu menyoal secara individu.
  6. Kanak-kanak disuruh menulis huruf-huruf konsonan ynag telah disenaraikan oleh guru di papan tulis.
AKTIVITI 3 ( 20 MINIT )
  1. Kanak-kanak menonton slaid haiwan.
  2. Guru membuat demonstrasi pergerakan haiwan, kemudian kanak-kanak mengikut pergerakan yang dibuat oleh guru.
  3. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan.
  4. Keempat-empat kumpulan membuat pergerakan yang berlainan.
  5. Kumpulan 1- membuat pergerakan ayam
  6. Kumpulan 2- membuat pergerakan itik
  7. Kumpulan 3-membuat pergerakan burung
  8. Kumpulan 4-membuat pergerakan arnab
  9. Aktiviti yang terakhir ialah mewarna gambar-gambar haiwan.
  10. Guru mengedarkan gambar 4 jenis haiwan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan
PENUTUP ( 5 MINIT )
  1. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang dipelajari pada hari ini.
  • Apakah nama-nama haiwan peliharaan yang kamu telah pelajari pada hari ini ?
  • Apakah huruf konsonan yang anda telah pelajari pada hari ini?
   2.     Akhir sekali, guru meminta murid menyanyikan lagu bunyi binatang sekali lagi bersama-sama.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment